EK-LAN

Powered by Blogger.

Tuesday, October 26, 2010

Satun, Songkla dan Haadyai

written by ~warhans~ at 9:07 AM 0 responds Links to this post
Baru2 ni aku kena p kursus kat Satun, Songkla dan Haadyai.. kira obersi la jgk.. guna border pass je pn.. maleh la nk guna pasport.. n3 kali ni bkan nk cita pasai kursus tu.. sbb sama ja p mn2 kursus pn.. kena dengar ceramah, mkn, pastu dok dlm kump.. buat la aktiviti apa2.. dis taim aku nk cita apa yg best dan yg tak best di 3 tmpt tu..

YANG BEST...
1. Makanan
- ada 3 restoren yg aku p.. Sami Kitchen, Chekkar dgn Kun Chit Seaview.. sini semua halal.. mmg org Islam yg masak.. mmg superb la.. dh la mewah je mkn.. tiap2 kali mkn mesti ada tomyam, udang, sotong, ikan.. kebykannya mmg seafood.. tomyam putih sedap.. pedas yg amat..
- mc D sini best.. ada mcm2 minuman... ice blended pn ada.. ala2 Secret Recipe plak.. siap ada kek2 lg.. awat kat mesia tak dak pn.. tp bole minum je la.. mknn semua tak leh la.. tak halal..

2. Penginapan
- stay kat Sing Golden Place Hotel.. bilik dia ok la.. lgpn bukan dok dlm bilik sgt pn.. nama pn p kursus kan? masuk bilik tdo je la..

3. Pengangkutan/jln raya
- kalau p mn2, naik bas jer.. bas 2 tingkat tu.. 1st taim naik.. tp kalau aktiviti 'free n easy' kena la pandai2.. tp mudah je kat sini.. naik tuk2 je.. bayar 20 baht bgtau je nk p mn.. murah kan? dlm rm2 je.. kat mesia takdak public transport cenggini..

4. Tempat shopping
- tmpt yg aku p cuma kat Lee Garden, night market n bazaar... kat Lee Garden tu tak byk benda yg berkenan.. sikit ja brg.. kat night market terlalu byk plak.. kira kalau masuk nk shopping, tak jumpa dh jln keluar.. simpang byk.. pastu kalau berkenan brg tp tak beli kunun nnti balik nk beli, kompom tak jumpa dh kedai tu.. bazaar ok la.. brg2 byk jgk tp kena pandai2 la nk tawar menawar.. disbbkan masa tak cukup, aku main beli ja... tawar ikut dan ja.. yg tak thn tu bila tanya penjuai pertama harga lain, tanya penjuai kedua harga lain.. beza smpai setengah harga.. padahai brg yg sama dan kedai yg sama.. kalau org lain yg tak mau tawar, mmg untung la penjuai tu..
- hasil rembatan di 3 tempat tersebut :
a) mainan utk dani n dina
b) tali utk digantung di hp
c) fridge magnet
d) jaket utk 'si dia'.. ehem ehem
e) 2 helai blaus utk diri sendiri
f) sehelai blaus utk nanny dani n dina
g) beg utk mak
h) beg pink comel utk dani
i) ikan kering kecik2.. yg ni beli kat kg tanjung pauh di satun
j) 4 helai t-shirt yg mesra alam sbbnya gambar kat t-shirt tu semua pasai save the world..
k) bateri AA - rupa2nya murah jgk bateri kat sana
- lain2 tu duit guna utk bayar naik tuk2, mkn ice blended di mc D dan eskrem nyiuq..

5. Pemandangan
- ada jgk p pantai kat songkhla.. nama dia samila beach.. lawa tmpt tu.. ada patung ikan duyung kat situ.. kununnya sapa yg belum kahwin, pastu pegang duyung tu nnti cepatlah jodohnya.. aku tak p pegang pn.. tak nmpk menarik pn.. baik mkn eskrem nyiuq kat situ.. sedap.. kat mesia tak dak eskrem ni.. mcm2 dia letak dlm tu.. kacang, roti, dll (tak ingat dh apa lgi).. dan yg penting ada la eskremnya...
- p perkampungan kat satun.. situ mmg mcm kat kuala perlis la.. perkampungan nelayan.. lawa.. siap ada resort lagi.. tp nk p situ agak2 mencabar.. sbb naik bas 2 tingkat.. dan jln kecik jer.. wayar letrik lak rendah..

YANG TAK BEST...
1. Makanan
- disbbkan p atas urusan kerja, so tak lah susah sgt nk cari mknn halal.. sbb kompom akan mkn kat tmpt yg disahkan halal je.. cumanya hari last kursus tu, taim bekpes mkn kat hotel, so semua kt situ tak leh la nk mkn.. yg leh mkn cuma roti n jem je la.. kalau tak, mmg semua la nk mkn..

2. Penginapan
- hotel ok cuma yg tak bestnya iron ngan kettle tak dak.. bila tanya iron, pekerja hotel ckp mmg tak dak.. hurm semua kat situ tak guna iron ke? dh tu plak kettle pn tak dak.. jenuh selongkar satu bilik.. tak jumpa2 jgk.. terpaksa la isi air dlm bekas air n bw balik bilik..

3. Pengangkutan/jln raya
- jalan raya sini mmg nmpk sibuk.. tp tak le sampai jem2 melampau.. tp org sini mmg kepala keras kot.. mmg susah la nk jumpa org yg bw motor pakai helmet.. kalau naik 2 org pn, org dpn je pakai.. org blkg tak pakai.. maybe sbb undang2 tak ketat kot.. nmpk polis je baru nk pakai...
- satu lagi kat sini kat jln raya mesti nmpk wayar2 letrik bersirat2.. bersilang2.. takut je.. dh la naik bas 2 tingkat.. kalau tersangkut tu mula la susah hati..

4. Tempat shopping
- ada satu tmpt masa mula2 smpai singgah situ.. nora plaza.. tourist guide kami ckp beli la brg kat sini.. dpt diskaun 20%.. kunun dh murah la.. fridge magnet sini dari 90 baht jd 70 baht.. skali p Lee Garden 3 leh dpt 100 baht.. rugi ja beli kat situ..
- kalau shoping tak leh tawar beria-ia.. pastu bila org tu dh bg, terus kita ckp tak nak.. nnti siap la.. dengar bhs siam.. tp tak pa la.. tak paham menda dia ckp walaupn tau dah mesti maki punya..


Sempadan mesia-thailand


Nampak tak wayar2 letrik tu? agak menakutkan..



Sami Kitchen.. sedap mkn kat sini.. 2 kali p.. sempat snap mknn byk ni je.. yg lain dh tak sempat.. semua ngap dlu.. dh lapar..


Tempat penginapan yg tak dak iron dan kettle.. huhu..


Transport sepanjang di sana..



Pemandangan kampung di Satun.. mcm kuala perlis kan?



Makan di Restoren Chekkar.. tomyam putih tu sungguh mengancam..


Tuk tuk.. 20 baht jer.. ada skali naik tu, driver dia bw mcm dlm cita tokyo drift lak.. tiba2 belok then benti.. mau terkuar jantung..





Samila Beach.. lawa kan air laut.. siap nmpk mcm kehijauan je..


Abg jual eskrem nyiuq.. abg terus.. mentang2 sedap.. ;-p


Ni lah eskrem nyiuq yg menjd pojaan hatiku..


Ayaq nyiuq ni sorang satu dpt.. mkn di Kun Chit Seaview.. tp aku tak minum pn.. huhu.. teringinnya.. eskrem mkn tp ayaq tak minum.. ha ha..


Mknn di Kun Chit Seaview.. sedap jgk mkn kat sini.. yg sebelah kiri tu tak tau la masak apa.. rasa pelik jer..


Sebiner yg dibeli dgn duit yg terhad.. ni ja gambar brg yg dibeli.. yg lain tak snap pn.. sbbnya ada yg dh bg kat org.. tak dak la gigih sgt p mintak balik semata2 nk amik gambar kan..

Futnot: rajin plak aku tulis panjang2 n upload gambar byk2.. huhu..

Monday, October 25, 2010

Month of September

written by ~warhans~ at 5:06 PM 0 responds Links to this post
Dani
- age : 2 years n 1 month @ 18/09/2010
- dh pandai bg salam bila nk masuk rumah.. bukan kata nk masuk rumah, masuk dlm bilik pn dia bg salam.. bagus betul la.. kdg2 lps bg salam, dia sendiri akan kata masuk la.. lawak tul..
- 2nd time berhari raya.. thn ni seronok dok kutip sampul raya.. dia tgk aku amik duit dlm sampul raya then aku simpan.. so everytime ada org bg duit raya, duit dia akan bg kat aku, pastu sampul tu dia simpan.. bagus2.. tak yah susah2 nk ajar..
- kutu menyerang lagi.. pernah operasi cari kutu kat kepala dia jumpa berbelas2 ekor.. terus beli ubat kutu yg mcm syampu tu.. skali pakai je la.. tgk mcm dh tak dak..
- sbb tgk dia dok tergaru2 kepala, last2 aku sendiri yg potong rambut dia.. b4 ni nanny dia yg potong.. senang je nk potong.. tarik rambut dia pastu gunting.. suka hati ja.. bagus jgk rambut kerinting ni.. tak nmpk langsung kalau gunting tak sama..
- 1st time bawa p zoo taiping.. tp dia bukan mau jln sgt.. sbbnya takut bunyi trem yg dok bw org tu.. everytime trem tu lalu ja, kelam kabut la suh dukung..
- pantang tgk org ckp telefon.. mesti dia pn sibuk nk ckp.. walaupn tk tau ckp ngan sapa.. selagi tak bg, dia bising nk kap nk kap..
- pantang tgk org pegang kamera @ pegang handphone.. mesti suh amik gambar.. ayat dia.. nak enyum.. pastu siap posing lagi.. tlg kira lak tu.. satu.. tiga.. dua tak dak..
- pernah keletihan sampai tertdo dpn rumah.. siap berkasut lagi.. kasut baru beli la katakan.. sampai tdo pn nk pakai kasut..
- suka tlg org nk wat keja.. cth p sidai kain ke.. mesti dia nk tlg angkat bakul.. pastu nk sidai jgk..
- cara dia nk mintak mknn.. dia akan tanya nak tak.. kalau jwb tak mau, dia nnti ckp kakak nak.. pandai berbahasa betul..
- dh pandai turun naik kereta sendiri.. tak bg org dukung dah..
- ada skali nk ajak p mkn kat luar.. suh dia pakai tudung.. ckp kat dia kalau nk ikut kena pakai tudung.. so dia pn pakai la.. sampai nk balik dalam kereta baru dia bukak.. good2.. senang la mcm ni..





Dina
- age : 7 months @ 07/09/2010
- bw mai opis skali lagi.. ok ja.. tak pasai2 ja jd nursery sat opis ni..
- dh mula nk bercakap.. dia sebut dlm bahasa dia .. ma ma la.. aa baa..
- suka nk lena bila bg mkn..
- 1st time berhari raya.. pakai baju kurung.. tp tu la.. nmpk besar je.. tak de saiz yg sesuai utk dia.. tak match la ngan baju org lain..
- start raya puasa, dh mula kenal org.. dh pandai memilih dh dgn sapa nak, dgn sapa tak mau..
- sembelit teruk.. 2 hari tak berak.. everytime nk berak nangis teruk.. sampai teresak2.. last2 sampai p klinik la.. dh la time raya.. klinik tutup.. p 1st klinik tu, tak bg ubat pn.. sbb sblm tu dh letak ubat dlm bontot dia tp tak berkesan jgk.. esok tu p klinik lain.. doctor siap pam lagi.. nk bw kuar jgk.. nangis lagi.. kesian tgk.. pastu baru ok..
- 1st time bawa p zoo taiping.. senyap ja dok dlm stroller.. dekat2 nk balik ja baru bunyi.. tu pn sbb dh lapar kot..
- kena demam campak.. mula2 ingat demam biasa ja.. patut pn dok merap ja.. ingat demam biasa.. 2-3 hari pastu naik la merah2.. hbh muka dia yg putih tu jd kemerahan..
- dh pandai nangis.. esp bila org tadak sekeliling dia..
- dh pandai menyuloq.. dia letak tgn dia kat dpn pastu tarik bdn.. pusing merata2 dh.. letak comforter atas carpet pn tak berguna dh.. nnti mesti sampai ke lantai dh..








Tuesday, October 12, 2010

Mengatasi masalah kuat marah pada anak

written by ~warhans~ at 9:09 AM 0 responds Links to this post

Got this from my friend's note..

Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia.

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..

Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Thursday, October 7, 2010

Gaji

written by ~warhans~ at 8:22 AM 0 responds Links to this post
Note : ni bukan tangan aku ye. gambar ni aku cilok. tq mr gugel. ke mrs gugel?

Rasanya semua yang dh bekerja mesti tiap2 bulan tggu gaji masuk kan? kdg2 tu baru ja masuk gaji, dh tak sabar nk tggu next gaji. ye la kan kalau tak de gaji, maksudnya tak de duit la. kalau tak de duit, camana nk hidup? nk beli mknn, nk beli brg keperluan rumah, keperluan anak2, byar hutang2 dsb.

For me, this is how i spend my salary every month
1. bayar pinjaman JPA --> sikit lagi nk habis.huhu
2. bayar pinjaman perumahan --> tak smpai setahun bayar. dlm 292 bulan lagi nk kena bayar. wa.. nk nangis.
3. saving dlm Tabung Haji --> penting kot2 terdesak boleh guna.
4. investment dlm CMS Unit Trust --> for future
5. investment dlm MCIS Zurich Insurance --> for future. tempoh matang 15 thn. dh invest 7 thn. tak sabarnya tggu lagi 8 thn. makcik kaya sat. ha ha.
6. insurans Takaful Wanita --> for emergency cases. mana tau tiba2 sakit ke. bole la nk claim. bergantung sakit apa la kan.
7. insurans MAA Takaful Dani --> plus education plan utk Dani. Untuk Dina tak start beli lagi. alahai kesian budak kecik comel tu.
8. bil astro --> miss bayar ja mesti kena potong. bosan2. tp kalau tak langgan pn, tak best jgk. at least bole gak layan cita2 best kat astro tu walaupn suka sgt ulang cita berkali2. nk wat camana kan, MACAM2 ADA. layan je la.
9. bayar duit kut --> dh dpt bulan 5 ritu. so skrg ni masa utk membayar balik ler.

tu je la kot senarai wajib aku spend tiap2 kali gaji masuk. tu tak termasuk nk beli brg keperluan harian lagi. nak bayar kad kredit lagi. taim guna tak pk, taim nk bayar baru nk pk. huhu. so sapa kata gaji banyak duit banyak? sapa2. angkat tgn cepat. nk kena ni. sbbnya tak kira la gaji byk ke gaji sikit ke, semua tu rezeki dari Allah. pandai2 la kita guna. apa2 pn, besar periuk besar la keraknya. kan kan?

Futnot : jgn la kita kedekut dgn org, nnti Allah akan kedekut dgn kita. sekadar renungan utk diri sendiri. yesza...

Friday, October 1, 2010

So true

written by ~warhans~ at 3:27 PM 0 responds Links to this post
 

:: Life Is Not A Fairy Tale :: Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez