EK-LAN

Powered by Blogger.

Thursday, April 10, 2014

:: One day trip ::

written by ~warhans~ at 4:40 PM 1 responds
Baru-baru ini saya dan kawan-kawan mengambil keputusan utk mengadakan lawatan selama sehari ke langkawi.. lawatan ini adalah lebih kepada menghabiskan duit atau lebih dikenali sebagai 'shop till you drop'... rancangan untuk ke langkawi telah dibuat agak lama.. memandangkan hasrat untuk bercuti di langkawi tidak kesampaian kerana kekangan wang ringgit maka kami mengambil keputusan untuk hanya membuat lawatan balik hari iaitu pergi pagi dan pulang petang hari yang sama...
Kami bertolak ke kuala perlis seawal 7 pagi... selepas meletak kereta di kawasan parking berbumbung di situ, kami terus menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket feri... kami menaiki feri pada pukul 8.30  pagi.. perjalanan ke langkawi mengambil masa selama sejam lebih... keadaan dalam feri amat selesa...
Setibanya kami di jeti kuah, tempat pertama yang dituju adalah kedai mkn memandangkan kami masih belum bersarapan.. selesai sarapan, kami terus mencari kereta untuk disewa.. kereta yang disewa perlulah kereta automatik kerana kami semua lebih mahir memandu kereta automatik.. setelah berbincang, kami bersetuju untuk menyewa kereta wira dengan harga RM40 sehari... agak murah kerana waktu itu bukan cuti sekolah..
Maka bermulalah lawatan kami dari satu kedai ke kedai yang lain... kedai pertama yang dituju adalah di kawasan pekan kuah.. di sini sempat saya membeli minyak gamat panas, t-shirt untuk dani dan dina serta blouse.. kami juga pergi ke kedai haji ismail group untuk membuat perbandingan harga...
Seterusnya kami ke teow soon huat... di sini kami hanya berpusing-pusing sahaja.. tetapi saya sempat juga membeli sehelai t-shirt.. sebelum itu, kami makan tengah hari di restoren arab bernama restoren el manar.. saya memesan nasi mandy.. rasanya sedap memandangkan kami memang sudah kelaparan..
Selesai meronda dan makan di TSH, kami ke idaman suri pula.. di sini saya sempat membeli cadar untuk katil 'queen' dengan harga rm29 sahaja... sebelum ini saya sudah pernah membeli cadar tersebut.. kunjungan kali ini adalah lebih kepada menambah koleksi cadar di rumah agar tidak kebosanan melihat cadar yang sama..
Destinasi terakhir adalah Kompleks HIG atau Kompleks Haji Ismail Group.. sebelum itu sempat kami bersembahyang di surau di situ.. surau di situ agak besar dan selesa..ini merupakan kunjungan kali pertama saya ke kompleks tersebut.. HIG mmg terkenal dengan barangan dapur serta coklat.. di sini merupakan tempat yang paling banyak dihabiskan duit.. saya membeli periuk tefal (memang sudah merancang), senduk, kain batik, minyak gamat dan pelbagai jenis coklat.. selesai memborong, kami pun meronda-ronda di sekitar kompleks tersebut..
Memandangkan masa telah mencemburui kami, kami terus bertolak ke jeti selepas itu.. sebelum bertolak pulang, sempat juga saya membeli muffin idaman di Kenny Rogers Roaster.. kebetulan terdapat promosi membeli dengan harga lebih murah sehingga menyebabkan saya telah mendaftar menjadi ahli KRR..
Semasa berjalan menuju ke feri, kami telah ditahan oleh pegawai kastam di situ dan telah disoal siasat kerana tidak menetap di Langkawi dan membeli banyak barang. Disebabkan terlalu penat, kami semua pasrah untuk membayar cukai walau pun tidak rela.. mungkin sudah ditakdirkan begitu.. kesimpulannya selepas ini kami perlu menetap di langkawi selama sekurang-kurang 3 hari 2 malam..
Feri yang kami naiki bertolak pukul 6 dan sampai di Kuala Perlis lebih kurang jam 7.30 malam.. Demikianlah berakhirnya perjalanan kami ke Langkawi kali ini.. Sekian...

p/s : amacam? leh dpt A tak karangan di atas? haha... tiba2 gatai nk berbahasa baku...

Senarai barang yg dibeli dalam masa sehari...
- minyak gamat panas
- minyak gamat
- t shirt dani
- t shirt dina
- t shirt skuba
- blouse
- fridge magnet
- cadar (2)
- coklat whitakers
- kinder bueno
- daim
- roka
- nutella
- dairy milk
- coklat twins
- periuk tefal
- senduk
- kain batik (2)

baru perasan byk jgk beli.. haha.. tu la.. masa beli tak ingat dunia.. pastu baru kalut nk kira brapa duit habih.. ish2.. marilah kita sedapkan hati dengan melihat gambar.. eh apa kaitan ntah?

tgk menu dlu...
kereta sewa kami.. tanya kat budak sewa kereta tu, nk sewa polo berapa? sekali dia jawab RM450 sehari... mak aiii... mmg tinggai angan2 ja la nk drive polo... walau pun di Langkawi sekalipun... baik la sewa hotel dari sewa kereta...
nasi mandy..
nasi kabsa.. eh tgn sapa tu?
restoren arab...
ye sila2 masuk..
sian tak dak tmpt duduk nk melepak..
rambang mata ni..
ni lagi...
last2 beli ni ja...
pasni jgn bising sakit pinggang dh.. minyak gamat panas dh ada...
dh rasmi dh ni.. haha.. kagum dgn diri sendiri..
tambah koleksi ke tambah semak??
baju utk kanak2..
baju utk peminat skuba..
baju untuk bukan peminat skuba.. eh tetiba..
untuk kanak2 di tadika..
fridge magnet jangan dilupa...
 

:: Life Is Not A Fairy Tale :: Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez