EK-LAN

Powered by Blogger.

Wednesday, January 19, 2011

Aedes --> Denggi --> Fogging

written by ~warhans~ at 11:11 AM

Last week ada buat semburan asap a.k.a fogging kat tmn aku.. bila dirisik2 rupa2nya mmg dh ada 7 kes denggi kat kawasan tu.. menakutkan la.. setakat hari ni dh 3 kali buat fogging.. tp apa yg aku perasan 1st day after fogging, nyamuk2 dh tak dpt dikesan.. mati dh kot.. tp masuk ke 2nd day, ada balik.. mai mana tak tau la.. cepat betul membiak.. selalu b4 p keja, aku akan start enjin kereta dlu.. biar panas dlu.. kalau buka pintu kereta pastu tak tutup, nnti beribu2 nyamuk la join nk p keja skali.. jenuh la dok menghalau sambil pegang stereng.. fuh.. sgt2 berbahaya.. aku pn heran gak takat mana la keberkesanan fogging ni.. takat yg aku search ni info yg aku dpt.. ambil dari sini..

Semburan Kabus (fogging) Bagi Kawalan Denggi

Diterbitkan oleh :
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman
Kementerian Kesihatan Malaysia

Semburan Kabus
Denggi disebabkan oleh virus yang boleh berjangkit apabila seseorang (yang membawa dan mengandungi virus denggi dalam darahnya) digigit oleh nyamuk Aedes. Virus-virus denggi ini akan terlekat pada jarum pada mulutnya. Kemudian nyamuk Aedes tersebut pula menghisap darah individu yang lain sambil memindahkan sebahagian virus denggi yang berada pada jarum mulutnya itu.

Jenis Semburan Kabus
Semburan kabus dilakukan dengan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Jika berlaku kes demam denggi di mana-mana kediaman, semburan kabus akan dilakukan dengan jarak 200 meter di sekeliling rumah pesakit dengan menggunakan mesin Thermal Fogger. Jika kejadian wabak denggi (jangkitan) yang berlaku, seluruh kawasan berkenaan perlu dibuat semburan kabus dengan menggunakan mesin Ultra Low Volume (ULV) yang diletakkan di atas kenderaan atau di atas ULV carrier.

Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Semburan Kabus
Semburan kabus hendaklah dilakukan pada waktu awal pagi atau petang (senja) dengan mengambil kira masa kemuncak aktiviti gigitan nyamuk Aedes dan keadaan cuaca yang sesuai untuk melakukan semburan. <-- patut pn selalu datang waktu aku balik dari opis.. ingatkan sbb depa tau time tu org dh balik keja dan baru ada org kat rumah.. ha ha.. buat spekulasi sendiri...

Kekerapan Semburan Kabus
Semburan kabus akan dilakukan apabila dilaporkan kejadian kes denggi dalam tempoh 24 jam dan 7-10 hari berikutnya. Dua pusingan semburan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan pengeraman virus dalam badan nyamuk lebih kurang 10 hari berikutnya. Semburan kabus pencegahan boleh dilakukan mengikut kriteria bagi mencegah berlakunya kes denggi yang baru di kawasan tersebut.

Tindakan Yang Anda Perlu Lakukan Semasa Semburan Kabus

1. Semburan Kabus Thermal Fogger
- Semua hendaklah mengisingkan premis, termasuk binatang peliharaan
- Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan
- Membuka semua pintu bilik dalam rumah
- Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari
- Mematikan api dapur dan menutup baling gas atau bahan yang mudah terbakar

2. Semburan Kabus Ultra Low Volume (UL)
- Mambuka pintu dan tingkap supaya racun serangga dapat masuk ke dalam rumah
- Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari

Langkah Keselamatan
Racun serangga yang digunakan untuk semburan kabus adalah selamat bagi manusia, haiwan dan alam sekitar. Walaubagaimanapun, langkah keselamatan perlu dilakukan dengan :
- Elakkan diri daripada terdedah kepada kabus semburan
- Cuci tangan, basuh muka, mandi dan menukar pakaian selepas semburan dijalankan
- Segera dapatkan rawatan jika disyaki keracunan racun serangga

Futnot : org lain bila time fogging semua melepak kat luar rumah.. aku dok dlm kereta ngan dani dan dina.. sbbnya dani takut bunyi fogging tu.. + org yg fogging tu ber'mask' smpai tak nmpk apa kecuali mata sahaja.. ha ha.. bila aku bukak pintu kereta nk kuar je mesti dia ckp tutup2.. ada lagi.. ada lagi..

0 responds:

Post a Comment

 

:: Life Is Not A Fairy Tale :: Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez