EK-LAN

Powered by Blogger.

Friday, September 30, 2011

:: Puding Roti Marble Coklat ::

written by ~warhans~ at 4:00 PM
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco

Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Matikan api.
4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Satu lagi adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2 @ bergentel2 serbuk koko tersebut).
5. Ambil sesenduk warna putih @ plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih @ plain tadi. Biarkan puding gerak sendiri ke tepi. Tak payah ratakan atau kacau. Ulang semula kaler putih @ plain dan buat hingga habis.. Ketika melapis @ me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding @ agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Resipi ambil dari SINI


- Junior Masterchef Malaysia in da kitchen ;-p




- tgh rajin.. buat dlm bekas ni satu2.. dpt la dlm 15 bekas jer..


- yg ni plak tuang semua dlm loyang.. baru nmpk skit ke'marble'nya..



Futnot : silalah cuba di rumah anda.. mudah dan cepat.. tak smpai sejam siap..

0 responds:

Post a Comment

 

:: Life Is Not A Fairy Tale :: Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez