Bahan2 :
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula kastor (gigih p cari kat kedai)
- 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/3 cawan mentega
- 1 cawan susu segar
- 1 tin buah peach
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis (aku cari merata tak jumpa..last2 tak bubuh pn)
Cara2 :
1. Masukkan mentega dlm loyang.. cairkan dlm oven dgn suhun 190C
2. Masukkan tepung gandum, gula kastor dan soda bikarbonat dlm bekas lain..
3. Masukkan susu segar dalam adunan tepung dan gaul.. jgn bagi berketul..
4. Tuang adunan tepung dlm loyang yg ada mentega cair td.. pastu kacau sebati..
5. Tuang air jus peach.. pastu susun buah peach atas adunan..
6. Tabur gula pasir.. dan serbuk kayu manis (kalau ada)
7. Bakar dlm oven 190C lbh kurang 45 minit..
8. Makan dengan aiskrim.. sedap... yummy...
walaupun rupa tak brapa cantik.. tp tak pa.. yg penting rasanya sedap.. muhahah... |
0 responds:
Post a Comment