EK-LAN

Powered by Blogger.

Friday, January 8, 2016

:: Cara Menyimpan Duit ::

written by ~warhans~ at 1:16 PM
sebelum ni aku ada cita pasai tips menyimpan duit. bole tgk kat SINI. kesimpulannya ada satu ja cdgn yg aku tulis tu tak terbuat lg iaitu simpan emas. thn ni mgkin kena masuk dlm target jgk. ok utk kali ni nk cita cara aku simpan duit dlm tabung plak. baru2 ni mmg ada viral pasai tip menyimpan duit.. siap letak tabung2 lagi. actually aku mmg dh buat dh. tp tak penah post pn kat mana2. meh kita kaji tiap2 tabung tu..

yg sebelah kiri sekali tu bukan tabung maggi na..tu mmg maggi. sj ja letak situ nk bg nmpk cantik gambar tabung ni. nmpk mcm piramid pn ada.. bole gitu?

1. Tabung Wirdani
- tabung ni utk semua duit kakak. skrg ni kalau ada ja duit yg org bg kat dia terus letak dlm tabung ni. pastu tiap2 hari dpt jgk duit belanja p sekolah. sblm ni RM1 sehari. skrg dh darjah 2, abah dia bg RM2. belen duit tu masukkan ja dlm tabung ni. kdg2 mmg tak beli apa pn. so masukkan ja semua termasuk la duit syiling.

2. Tabung Wardina
- sama mcm tabung Wirdani. semua duit yg adik dpt, masukkan dlm tabung ni. agak2 dh byk masukkan dlm akaun Tabung Haji

3. Tabung Foreign Currency
- tabung ni utk simpan semua duit dari negara luar. mn2 duit negara luar yang lbh lps p melancong letak dlm tabung ni. takat la baru ada riyal, peso, US dollar ngn baht. pasni kena melancong p negara lain la plak. baru variety skit.

4. Tabung Syiling
- of coz la utk buh syiling. hehe. kalau rs mcm dh berat sgt. bw2 la p simpan dlm Tabung Haji. hujung thn kalau betul2 simpan semua leh dpt beratus2 jgk.

5. Tabung Weekly
- yg ni aku ada mention sblm ni. 52 week money challenge. thn 2015 aku berjaya capai target 1/10/2015. kira awai jgk la dh leh capai target. ni makin semangat nk simpan utk 2016 plak. jadual kat bwh ni sekadar panduan. ms hujung2 kita leh cepatkan simpanan. tu bole capai target awal tu.

bukti menyimpan.. siap highlight setiap kali buh dlm tabung
teringin nk simpan guna jadual ni.. tp agak jenuh la.. 

6.  Tabung RM5 dan RM20
- khas utk duit kertas RM5 dan RM20. sblm ni mmg aku kumpul RM5 ja. pastu rs baik simpan RM20 jgk sbb jarang dpt duit RM20. dlm tabung ni yg byknya RM5 la. RM20 tu tak byk sgt. thn lps dlm tabung ni leh dapat dekat2 RM800 jgk. lps la jgk nk membeli handbag idaman. haha. tak beli pn. slalunya masuk dlm Tabung Haji ja.

7. Tabung Kambing 2016
- baru diwujudkan selepas raya haji thn 2015. sbbnya tiap2 tahun mmg buat korban seekor kambing. harga kambing cecah RM700. so terus decide nk wujudkan tabung kambing. sehari letak RM2. by the time raya haji thn ni inshaa Allah leh kumpul RM700 lbh. tak yah susah2 nk korek duit dlm akaun mcm thn lps.

8. Tabung Recycle
- tabung ni pn baru jgk wujud. hobi aku skrg kumpul botol plastik, kertas, kotak, tin. kumpul byk2 pastu jual. segala benda yg dh tak guna semua aku juai.cth bateri kereta (RM10 jgk bole dpt), basikal dina yg dh rosak. (RM3 ja.. dia kira besi.) soket letrik yg dh rosak pn aku juai. bw ja benda-benda yg tak mau guna dh tu pastu tanya depa amik dak. duit jualan masuk dlm tabung ni. tp yg ni mmg lmbt la nk membiak. nk kumpul plastik 1 kg pn berbulan2. harga jualan yg terbaru plastik 70 sen sekg. kertas 25 sen. besi 50 sen. tabung ni mmg takkan usik la dlm jangka masa panjang.

diharapkan thn 2016 ni, aku masih terus bersemangat utk menyimpan duit seperti tahun lps. dgn izin Allah.



0 responds:

Post a Comment

 

:: Life Is Not A Fairy Tale :: Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez