Saturday, February 19, 2011
Friday, February 18, 2011
January 2011
- age : 2 years n 5 months @ 18/01/2011
- mula hantar kat taska terus.. mcm2 karenah tiap2 pagi.. yg kompomnya tiap2 hari mesti nangis.. siap bila dukung tak mau turun.. ada jgk sehari tu dok dlm kereta dari duduk kat dpn dia ke blkg.. bila bukak pintu belah kiri dia ke kanan.. bila bukak pintu kanan dia suh tutup pintu.. terpksa dukung jgk la.. jenuh jgk la.. ada jgk dia nangis nk ikut adik.. mcm2 hal.. tp bila p amik petang ok ja.. bila tanya nk p lagi dak esok mesti jawab tak mau..
- sejak p taska ni perubahan dia suka merengek2.. maybe letih kot tak cukup tdo.. balik rumah je mesti merengek.. sabar je la..
- slalu jgk dh tdo awal.. kui 9 dh mula minta susu.. pastu kui 10 dh tdo.. paling lewat pn kui 11..
- main sikat rambut smpai sikat terlekat terus kat rambut.. pusing2 tak mau kuar last2 ckp kat dia gunting je la.. dia pn redha ja n ckp gunting je la.. seronok pulak nk kena gunting rambut..
- demam sat.. batuk pn ada.. tak lega2 pn.. last2 p klinik pakar.. mmg xray semua la.. ada kahak.. mintak ubat je la kat doktor.. Alhamdulilah dh ok...
- bw jln p langkawi.. mula2 ingat tak mau bw.. tp sbb nk tdo sana, bw jgk la.. bg dia mandi pantai.. punya la seronok smpai tak mau balik.. bw p mndi petang, esok tu dok tnjk pantai ja, nk p mandi..
- dh pandai buat peace bila amik gambar..









DINA
- age : 11 months @ 07/01/2011
- hantar balik ke rumah nanny dia since nanny nk jaga lagi.. rasa secure la skit..
- mcm dh nk tumbuh gigi.. bila letak jari dlm mulut dia terasa la keras2 dh..
- hujung bulan dh nmpk gigi sikit.. satu dh naik.. satu lagi baru nk naik.. kat bwh..
- selsema.. ada jgk demam skali.. tp tak teruk..
- dh pandai salam org.. bila kata amin dia pn sua la tgn dia.. bila kita salam, dia tarik tgn ke mulut pastu dia sayang tangan kita..
- dh pandai sayang org.. bila sua mulut dia pn sua jgk.. siap ada bunyi muahh lagi..
- main sabun tangan.. dani yg p sabun tgn dia.. pastu dia p sapu mata.. merah terus mata dia.. kelam kabut amik dia.. cuci tangan ngan mata dia.. teriak kuat la..
- suka bebenor main belon.. smpai gelak mengekek2 bila dpt belon.. ntah apa yg best tak tau la..
- bw p mandi laut sampai terketar2 sejuk.. tak biasa lagi.. dani ja over excited.. dia rileks ja..
- mula letak dia kat kerusi mkn bila p kedai mkn.. sblm ni risau jgk takut dia bgn.. tp bila letak tgk dia ok ja..
- dh kenal remote control ngan handphone.. kalau pegang remote, mesti dia tekan dan tnjk ke arah tv.. kalau dpt handphone letak kat telinga mcm org nk ckp kat handphone.. cerdik sggh.. 




Wednesday, January 19, 2011
Aedes --> Denggi --> Fogging

Semburan Kabus (fogging) Bagi Kawalan Denggi
Diterbitkan oleh :
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman
Kementerian Kesihatan Malaysia
Semburan Kabus
Denggi disebabkan oleh virus yang boleh berjangkit apabila seseorang (yang membawa dan mengandungi virus denggi dalam darahnya) digigit oleh nyamuk Aedes. Virus-virus denggi ini akan terlekat pada jarum pada mulutnya. Kemudian nyamuk Aedes tersebut pula menghisap darah individu yang lain sambil memindahkan sebahagian virus denggi yang berada pada jarum mulutnya itu.
Jenis Semburan Kabus
Semburan kabus dilakukan dengan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Jika berlaku kes demam denggi di mana-mana kediaman, semburan kabus akan dilakukan dengan jarak 200 meter di sekeliling rumah pesakit dengan menggunakan mesin Thermal Fogger. Jika kejadian wabak denggi (jangkitan) yang berlaku, seluruh kawasan berkenaan perlu dibuat semburan kabus dengan menggunakan mesin Ultra Low Volume (ULV) yang diletakkan di atas kenderaan atau di atas ULV carrier.
Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Semburan Kabus
Semburan kabus hendaklah dilakukan pada waktu awal pagi atau petang (senja) dengan mengambil kira masa kemuncak aktiviti gigitan nyamuk Aedes dan keadaan cuaca yang sesuai untuk melakukan semburan. <-- patut pn selalu datang waktu aku balik dari opis.. ingatkan sbb depa tau time tu org dh balik keja dan baru ada org kat rumah.. ha ha.. buat spekulasi sendiri...
Kekerapan Semburan Kabus
Semburan kabus akan dilakukan apabila dilaporkan kejadian kes denggi dalam tempoh 24 jam dan 7-10 hari berikutnya. Dua pusingan semburan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan pengeraman virus dalam badan nyamuk lebih kurang 10 hari berikutnya. Semburan kabus pencegahan boleh dilakukan mengikut kriteria bagi mencegah berlakunya kes denggi yang baru di kawasan tersebut.
Tindakan Yang Anda Perlu Lakukan Semasa Semburan Kabus
1. Semburan Kabus Thermal Fogger
- Semua hendaklah mengisingkan premis, termasuk binatang peliharaan
- Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan
- Membuka semua pintu bilik dalam rumah
- Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari
- Mematikan api dapur dan menutup baling gas atau bahan yang mudah terbakar
2. Semburan Kabus Ultra Low Volume (UL)
- Mambuka pintu dan tingkap supaya racun serangga dapat masuk ke dalam rumah
- Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari
Langkah Keselamatan
Racun serangga yang digunakan untuk semburan kabus adalah selamat bagi manusia, haiwan dan alam sekitar. Walaubagaimanapun, langkah keselamatan perlu dilakukan dengan :
- Elakkan diri daripada terdedah kepada kabus semburan
- Cuci tangan, basuh muka, mandi dan menukar pakaian selepas semburan dijalankan
- Segera dapatkan rawatan jika disyaki keracunan racun serangga
Futnot : org lain bila time fogging semua melepak kat luar rumah.. aku dok dlm kereta ngan dani dan dina.. sbbnya dani takut bunyi fogging tu.. + org yg fogging tu ber'mask' smpai tak nmpk apa kecuali mata sahaja.. ha ha.. bila aku bukak pintu kereta nk kuar je mesti dia ckp tutup2.. ada lagi.. ada lagi..
Tuesday, January 18, 2011
Recap 2010's resolutions...

1. Moved to new house on December 2010.. New house, new life..

2. Fully BF this cute little girl for 11 months now.. Alhamdulilah..
3. Achieved.. ;-)
4. Not yet.. still searching..
Futnot: as for 2011, I think the main resolution is to fully BF my daughter for another 1 year... go go chaiyo..
Thursday, January 13, 2011
Month of December
- age : 2 years n 4 months @ 18/12/2010
- 1st time main mainan dlm kfc.. main papan gelongsor..tp takut..kena org pegang baru dia nk main.. nk turun tu yg dia takut.. naik tak pa.. tak penah bw main, tu yg jd camtu..
- beli alatan tulis kat dia.. sonok la main.. pencil color ada, gunting,gam, pembaris, drawing block.. sehari dok membelek yg tu je la..
- hantar taska sbb nanny dia minta cuti seminggu.. aku plak tak leh cuti.. last solution hantar taska la.. time hantar tu tak mau jgk duduk.. time amik dh seronok.. cikgu dia pn ckp awai ja.. pastu dh mau main, mkn, semua.. ramai kawan la katakan..
- jatuh katil smpai lebam kepala.. bukan time tdo pn.. dok main pusing2 atas katil skali tersembam..





DINA
- age : 10 months @ 07/12/2010
- dh boleh duduk dengan lebih stabil..
- suka sgt panjat org.. sbbnya dia nk ampu badan dia.. nk bagi boleh berdiri..
- pernah berdiri atas meja mainan kakak dia.. tangan sebelah je pegang meja.. sebelah lagi pegang pen.. pastu nangis sbb tak leh balance badan dia.. kelam kabut la aku lari p angkat dia.. seb baik sempat sambut..
- 1st time hantar taska.. nangis sbb tak kenal org.. sian plak tinggai dia kat situ.. time nk amik nmpk2 aku ja terus nangis.. mcm marah ja tinggai dia.. sedih la plak.. stay situ 5 hari ja..
- dh pandai main dgn kakak dia.. tu pn kalau kakak ok la.. kalau tak, semua adik pegang semua dia nk rampas..
- still tak mau merangkak.. dia angkat punggung sat ja.. pastu letak balik terus menyuluq..








