EK-LAN

Powered by Blogger.

Wednesday, January 19, 2011

Aedes --> Denggi --> Fogging

written by ~warhans~ at 11:11 AM 0 responds

Last week ada buat semburan asap a.k.a fogging kat tmn aku.. bila dirisik2 rupa2nya mmg dh ada 7 kes denggi kat kawasan tu.. menakutkan la.. setakat hari ni dh 3 kali buat fogging.. tp apa yg aku perasan 1st day after fogging, nyamuk2 dh tak dpt dikesan.. mati dh kot.. tp masuk ke 2nd day, ada balik.. mai mana tak tau la.. cepat betul membiak.. selalu b4 p keja, aku akan start enjin kereta dlu.. biar panas dlu.. kalau buka pintu kereta pastu tak tutup, nnti beribu2 nyamuk la join nk p keja skali.. jenuh la dok menghalau sambil pegang stereng.. fuh.. sgt2 berbahaya.. aku pn heran gak takat mana la keberkesanan fogging ni.. takat yg aku search ni info yg aku dpt.. ambil dari sini..

Semburan Kabus (fogging) Bagi Kawalan Denggi

Diterbitkan oleh :
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman
Kementerian Kesihatan Malaysia

Semburan Kabus
Denggi disebabkan oleh virus yang boleh berjangkit apabila seseorang (yang membawa dan mengandungi virus denggi dalam darahnya) digigit oleh nyamuk Aedes. Virus-virus denggi ini akan terlekat pada jarum pada mulutnya. Kemudian nyamuk Aedes tersebut pula menghisap darah individu yang lain sambil memindahkan sebahagian virus denggi yang berada pada jarum mulutnya itu.

Jenis Semburan Kabus
Semburan kabus dilakukan dengan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Jika berlaku kes demam denggi di mana-mana kediaman, semburan kabus akan dilakukan dengan jarak 200 meter di sekeliling rumah pesakit dengan menggunakan mesin Thermal Fogger. Jika kejadian wabak denggi (jangkitan) yang berlaku, seluruh kawasan berkenaan perlu dibuat semburan kabus dengan menggunakan mesin Ultra Low Volume (ULV) yang diletakkan di atas kenderaan atau di atas ULV carrier.

Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Semburan Kabus
Semburan kabus hendaklah dilakukan pada waktu awal pagi atau petang (senja) dengan mengambil kira masa kemuncak aktiviti gigitan nyamuk Aedes dan keadaan cuaca yang sesuai untuk melakukan semburan. <-- patut pn selalu datang waktu aku balik dari opis.. ingatkan sbb depa tau time tu org dh balik keja dan baru ada org kat rumah.. ha ha.. buat spekulasi sendiri...

Kekerapan Semburan Kabus
Semburan kabus akan dilakukan apabila dilaporkan kejadian kes denggi dalam tempoh 24 jam dan 7-10 hari berikutnya. Dua pusingan semburan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan pengeraman virus dalam badan nyamuk lebih kurang 10 hari berikutnya. Semburan kabus pencegahan boleh dilakukan mengikut kriteria bagi mencegah berlakunya kes denggi yang baru di kawasan tersebut.

Tindakan Yang Anda Perlu Lakukan Semasa Semburan Kabus

1. Semburan Kabus Thermal Fogger
- Semua hendaklah mengisingkan premis, termasuk binatang peliharaan
- Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan
- Membuka semua pintu bilik dalam rumah
- Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari
- Mematikan api dapur dan menutup baling gas atau bahan yang mudah terbakar

2. Semburan Kabus Ultra Low Volume (UL)
- Mambuka pintu dan tingkap supaya racun serangga dapat masuk ke dalam rumah
- Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari

Langkah Keselamatan
Racun serangga yang digunakan untuk semburan kabus adalah selamat bagi manusia, haiwan dan alam sekitar. Walaubagaimanapun, langkah keselamatan perlu dilakukan dengan :
- Elakkan diri daripada terdedah kepada kabus semburan
- Cuci tangan, basuh muka, mandi dan menukar pakaian selepas semburan dijalankan
- Segera dapatkan rawatan jika disyaki keracunan racun serangga

Futnot : org lain bila time fogging semua melepak kat luar rumah.. aku dok dlm kereta ngan dani dan dina.. sbbnya dani takut bunyi fogging tu.. + org yg fogging tu ber'mask' smpai tak nmpk apa kecuali mata sahaja.. ha ha.. bila aku bukak pintu kereta nk kuar je mesti dia ckp tutup2.. ada lagi.. ada lagi..

Tuesday, January 18, 2011

Recap 2010's resolutions...

written by ~warhans~ at 12:39 PM 0 responds
Click here 1st..


1. Moved to new house on December 2010.. New house, new life..


2. Fully BF this cute little girl for 11 months now.. Alhamdulilah..

3. Achieved.. ;-)

4. Not yet.. still searching..

Futnot: as for 2011, I think the main resolution is to fully BF my daughter for another 1 year... go go chaiyo..

Thursday, January 13, 2011

Month of December

written by ~warhans~ at 11:36 AM 0 responds
DANI
- age : 2 years n 4 months @ 18/12/2010
- 1st time main mainan dlm kfc.. main papan gelongsor..tp takut..kena org pegang baru dia nk main.. nk turun tu yg dia takut.. naik tak pa.. tak penah bw main, tu yg jd camtu..
- beli alatan tulis kat dia.. sonok la main.. pencil color ada, gunting,gam, pembaris, drawing block.. sehari dok membelek yg tu je la..
- hantar taska sbb nanny dia minta cuti seminggu.. aku plak tak leh cuti.. last solution hantar taska la.. time hantar tu tak mau jgk duduk.. time amik dh seronok.. cikgu dia pn ckp awai ja.. pastu dh mau main, mkn, semua.. ramai kawan la katakan..
- jatuh katil smpai lebam kepala.. bukan time tdo pn.. dok main pusing2 atas katil skali tersembam..






DINA
- age : 10 months @ 07/12/2010
- dh boleh duduk dengan lebih stabil..
- suka sgt panjat org.. sbbnya dia nk ampu badan dia.. nk bagi boleh berdiri..
- pernah berdiri atas meja mainan kakak dia.. tangan sebelah je pegang meja.. sebelah lagi pegang pen.. pastu nangis sbb tak leh balance badan dia.. kelam kabut la aku lari p angkat dia.. seb baik sempat sambut..
- 1st time hantar taska.. nangis sbb tak kenal org.. sian plak tinggai dia kat situ.. time nk amik nmpk2 aku ja terus nangis.. mcm marah ja tinggai dia.. sedih la plak.. stay situ 5 hari ja..
- dh pandai main dgn kakak dia.. tu pn kalau kakak ok la.. kalau tak, semua adik pegang semua dia nk rampas..
- still tak mau merangkak.. dia angkat punggung sat ja.. pastu letak balik terus menyuluq..




Thursday, December 30, 2010

Mari makan pringles

written by ~warhans~ at 12:25 PM 0 responds

letli ni aku mmg rajin beli + makan pringles.. dlu mmg jarang2 skali la.. kalau beli pn, yg original flavor.. tp sejak Aneka juai pringles ni dgn harga yg lbh murah, slalu plak aku beli.. mcm2 flavor dh rasa.. cheezy cheese la, sweet sour la, smoky BBQ la.. wild spice la.. tiap kali p aneka mesti p jenguk bhgn juai pringles tu.. last aku tgk ada flavor satay.. pastu indonesian apa ntah.. seaweed pn ada.. huh.. rupa2nya byk flavor pringles ni.. nnti la aku research pasai flavor pringles ni.. hehe.. gigih sggh.. neway kat situ mmg juai murah la.. slalu mesti dlm RM4 ke atas.. tp aku beli RM3.99.. penah jgk beli RM2.99.. tp kena ada kad la... so apa lagi.. silalah dptkan pringles dgn harga yang lbh murah di Aneka.. (tiba2 ja pomot Aneka ;-p)

Futnot : tak elok sebenarnya mkn junk food ni.. tp sedap punya pasai.. mkn jgk la.. sbbnya bila dh start mkn, selagi tak habis, selagi tu la akan mkn lagi dan lagi dan lagi.. (ganda 100x) ha ha..

Tuesday, December 28, 2010

Month of November

written by ~warhans~ at 11:55 AM 0 responds
DANI
- age : 2 years n 3 months @ 18/11/2010
- slalu kena paksa kemas mainan dia sendiri.. seb baik mau jgk kemas..
- dh kenal mainan yg kat tmn permainan tu.. bila lalu je tmn permainan mesti dia sebut menan menan.. tp tak suh plak singgah.. seb baik lagi..
- bw p tmpt main bowling.. dok tarik tgn bw p kat bola bowling tu.. nk angkat.. aku pn angkat la pastu suh dia angkat.. berat.. so dia tarik tgn la.. p smpai ke tmpt org nk baling bola.. sabar je la.. dok tarik2.. nk main jgk.. last2 bw balik la.. sbbnya tak dak lorong yg 0 bole main.. meraung2 dia.. nk men.. nk men.. kena dukung pn dok mengamuk jgk.. smpai dlm kereta la meraung.. tak penah tgk dia mcm tu.. smpai meraung2 nk main bowling punya pasai..
- dok batuk mlm2.. slalu bila dia batuk, dina jaga la.. bunyi kuat sgt..
- 1st time potong kuku dia.. umur dia dh 2 thn baru brani potong kuku dia.. hehe.. jenuh jgk la suh dia duduk senyap.. takut terpotong isi je..
- beli komputer mainan dekat dia.. ada bhs english dan bhs arab.. siap ada lagu2 lagi.. dok tekan tu la.. beli siang.. mai mlm ja dh terbelah dua dh komputer tu.. sbbnya dia p kepak.. seb baik mau bunyi lagi.. part yg tak bunyi dia bg kat adik dia.. cerdik sggh la..





DINA
- age : 9 months @ 07/11/2010
- suka sengih smpai pejam2 mata esp bila org senyum kat dia.. comel jer walaupn tak dak gigi..
- dh mula angkat pungkoq nk merangkak..
- dh tak takut naik walker.. 1st attempt mmg nangis jgk.. 2nd time letak lagi.. distaim bg mainan kat dia.. bg dia ralit.. elok dia nak nangis, main2 ngan dia.. esok tu letak ok dah.. dh tak nangis.. siap kakak dia plak rajin dok menolak.. dia pn pandai ja angkat kaki time kakak dia tolak..
- awai bulan naik walker tak expert lagi.. dh ujung bulan semakin expert.. laju ja.. dh pandai nk capai brg2.. skali tu dia tunduk terlbh, skali tersembam kuar dari walker.. seb baik mmg ada kat dpn dia.. cepat2 angkat.. nangis jgk la.. terkejut.. seb baik tak fobia.. lps tu naik ok dh la..
- kena sembelit lagi.. dlu time raya posa.. ni raya haji lak.. ada kaitan jgk ni.. teruk jgk smpai jaga kui 3 pg nangis nk berak tak boleh.. mula2 bg ubat titik tak berkesan.. last2 pam jgk la.. merah ja punggong dia.. smpai berdarah.. smbil teran smbil menangis.. kesian sggh...
- jatuh katil sbb tdo buas sgt.. dh letak bantal tahan pn dia akan panjat atas bantal tu..
- kalau dia menyuloq atas tilam bila sampai ujung dia akan berhenti.. dh tau tgn dia tak smpai ke bawah.. tp tak berani jgk la tinggai dia sorang2 atas tilam.. takut jatuh katil lagi..
- 1st time potong kuku dia.. hehe.. b4 ni nanny dia yg potong.. tak pandai la.. kecik sgt jarinya.. tu pn potong time dia tdo..
- dh mula belajar nk duduk.. tp dok terbalik2 jgk.. duduk atas tilam ok la..
- dh pandai main mainan yg ada bunyi.. penah bg mainan komputer kakak dia.. time tu kakak dia tadak.. boleh la bg.. kalau tak, mesti kakak dia terus rampas.. dia main tekan2.. pastu bila bunyi dengan kepala2 dia terangguk2 jgk.. syok dengar bunyi2 tu..
- dh tak brapa mau duduk dlm stroller.. sbbnya dh pandai nk pusing2.. kalau nk letak dia, kena tolak bg stroller jln.. kalau diam ja mesti dia tak mau duduk.. pusing2 merata..







 

:: Life Is Not A Fairy Tale :: Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez